Salam kepada pembaca sekalian. Betemu kita dalam cara-cara untuk memperolehi pendapatan secara online.
Tips yang kedua seperti yang saya sebutkan di atas Domain Name yang “Catchy”. Ya, sudah tentu anda ingin tahu bagaimana mencari nama yang sesuai bagi website atau blog anda. Baiklah dibawah akan saya terangkan bagaimanakah cara-caranya.
Pertama, anda perlu mengetahui apakah produk atau servis yang ingin anda lakukan. Ianya perlulah mempunyai pasaran dan permintaan daripada pengguna.
Kedua, nama yang hendak anda namakan itu sudah semestinya ringkas, dan mudah diingati . Seperi contoh: ebiz, e-shop, ebook dan sebagainya.
Ketiga, ianya perlulah bersesuaian dengan bisnes yang ingin anda lakukan. Jika anda ingin melakukan bisnes secara online anda boleh menamakan website anda sebagai http://www.ebiz.com atau ebiz.wordpress.com.
Ianya mudah dan senang diingati bukan sahaja oleh anda sendiri tetapi oleh pembaca website atau blog anda. Ianya amat mudah dan berkesan. Selamat Mencuba.

Recent Comments